"Jangan tunggu jadi sempurna baru nak mula... mula je dulu!"

Hari ni saya berpeluang hadir ke Majlis Pelancaran Usahanita Digital 2.0 & Bengkel Latihan Asas Wanita Berdaya Selangor , bersama hampir 200 peserta wanita terpilih dari seluruh negeri.
Alhamdulillah, terasa kerdil tapi dalam masa yang sama sangat bersyukur kerana terpilih dalam kalangan ramai usahawan wanita yang hebat-hebat.

Dari pagi sampai petang, kami belajar, berkongsi, dan buka minda tentang dunia keusahawanan digital—dunia yang penuh potensi, walaupun bermula dari rumah saja.
Ramai wanita rasa mereka tak cukup bagus, tak cukup masa, tak cukup ilmu nak mula berniaga… tapi realitinya, semua usahawan berjaya pun bermula dari kosong.
Yang penting, kena BERANI MULA dan BANYAK BERTANYA.
Kalau hari ni saya masih tunggu sampai “sempurna”, mungkin saya takkan berada dalam bilik ini bersama 200 wanita berimpian besar.

Saya percaya—setiap wanita ada potensi untuk berjaya, cuma perlu ada tindakan dan bimbingan yang betul.
Sama-sama kita teruskan perjuangan… dan bantu lebih ramai wanita bangkit melalui perniagaan digital!
https://linktr.ee/adweglobal
https://adwe-global.sprii-commerce.com

~ AA
KL | MY
#UsahanitaDigital #wanitaberdayaselangor #wanitaberdayawanitaberdikari #adweglobal #weCREATEweLEADwekeepGROWTH #pemerkasaandigital #womeninbusiness #Leadership #mindsetusahawan #UsahawanMalaysia #bisnesonline #usahawanbumiputera #LeadershipInAction #supportlocalbusiness #supportlocal #womensupportingwomen